Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Mei 23, 2013

hari ibu


hik hik ni adalah kali PERTAMA mama diraikan sempena hari IBU.
tu pun tanpa SENGAJA. siap dapat special GIFT lagi. he3
rupa-rupanya hari IBU ni disambut pada hari AHAD minggu keDUA dalam bulan MEI.

sarung bantal anak2

23 mei 2013 :: khamis :: yellow house
 
ALHAMDULILLAH hari ni tetiba je mama berjaya menyiapkan 4 helai sarung bantal untuk hero-hero kecik. kena bermacam-macam DESIGN cz senang nk diingat + takdelah tertukar-tukar & takdelah yang nak berebut-rebut. padahal sebenarnya guna kain LEBIH2 ( selepas berjaya memotong 4 helai sarung bantal saiz dewasa ). apa-apa pun hero2 sangat SUKA. yg sulung (NAUFAL) siap pilih nak camne.
 
yang mama @ papa @ tetamu punya sambung jahit lain kali lah cz BESAR kan. lambat sikit nak SIAP. he3
 

Selasa, April 30, 2013

1 tahun dah

 
29 april 2013 :: Isnin :: kota puteri
 
ALHAMDULILLAH kami dah setahun duduk di rumah sendiri. rumah ni tak banyak perubahan pun JANJI selesa untuk diduduki sudahlah kan.
yang pasti pokok2 di tepi rumah itu kebanyakannya semakin MEMBESAR.

kehilangan LAGI

28 april 2013 :: Ahad
 
YA ALLAH handphone mama hilang lagi. tak tau hilang di mana. tau2 dah takde dlm sling bag. Sangat2 SEDIH cz mama simpan di dalam sling bag yg berzip & di zip dengan sempurna. 95% kedudukannya dipakai di hadapan. bertambah sedih cz baru guna 4 BULAN & HADIAH hari lahir mama. lepas tu mama baru je SEHARI tukar casing baru. huwaaaa......
 
lebih kurang 4 jam tidak kisah dengan handphone tu cz sibuk berjalan2 + membeli barang2 + takde perasaan nak tengok2 pun handphone tu. last sekali menatapnya masa ambil gambar Prof Dr Muhaya di pesta buku PWTC. keluar dari pwtc kul 5++ then dalam kul 7pm ( selesai shopping barang2 dapur ) baru terpikir nak tengok handphone setelah ternampak cahaya biru dari dalam beg.
 
MENGGELABAH sesangat cz memang TAKDE dalam beg. yg sangat2 kecewa cz dah CUBA berhati2 dengan baik tapi ia HILANG juga. nasib baik HANYA handphone NOTE II tu shj yg hlg. yg lain2 semua masih wujud. masa bila lah ia DICURI cz tak terasa langsung beg ditarik dll. memang ada pergi tandas, surau & masjid tapi takde pulak DENGAR @ nampak ia terjatuh @ terkeluar dari SLING BAG
 
inilah namanya TAKDE rezeki kan. sampai sekarang belum dapat terima HAKIKAT lagi.
 

pesta buku 2013


28 april 2013 :: Ahad :: PWTC

seronok sangat2 cz ni FIRST time dapat g pesta buku yg kat PWTC. sebelum ni asyik tak dapat pergi je. sebelum g sini, g kenduri kawin adik kawan kat GOMBAK so takde lah jauh sangat nak g PWTC. tu yg laju je nak menyinggah. lagipun memang ada buku yg nak dibeli.

sampai dalam kul 2++. terus solat zohor dulu cz agak terlewat kan. senang juga nak cari SURAU & luas juga. walaupun ramai orang tapi still OK lagi keadaannya. then misi untuk meronda diteruskan cz LETIH juga tu nak pusing2.

hurm..... rasa macam ada yg kitorang terlepas kut tak pasti kedudukan gerai2 tu cz ada yg kat dewan, ada yg kat luar, ada yg di tingkat atas so round gitu2 je lah. motif utama mama nak g KARANGKRAF. papa pula nak g TELAGA BIRU. dalam berjalan2 tu ramai juga terjumpa selebriti. yg paling best dapat jumpa Prof Dr Muhaya

dalam kul 5++ kitorang dah malas nak ROUND2 so ambil keputusan untuk balik je.
dapat gak lah menyopping buku2 @ majalah

mama : pelindung panas utk kereta ( lupa nak panggil apa ), 4 buah buku + FREE 1 scarf
papa : sebotol pewangi kereta, sebuah buku tebal + FREE 1 cd
naufal : set mengaji al-baghdadi


gambar graduasi naufal

 
tahun ni AWAL pulak sekolah alif buat sesi bergambar untuk GRADUASI tadika PASTI Darul Ilmi. kali ni mama bayar RM 16.00 utk gbr kelas bersaiz sederhana, gambar ukuran pasport  keping & sekeping gambar seorang bersai besar.
 
kali ni PESAN banyak kali suruh senyum sikit @ happy cz tahun lepas punya gambar memang muka langsung tak CERIA. kali ni kira OK lah. barulah agak berbaloi bila dah buat bayaran.

roti jala

Akhirnya berjaya gak buat roti jala menggunakan acuan 2 lubang yg dibeli. rasanya 2 bln lepas dah BUAT roti jala tapi mama TERLEBIH potong lubangnya so hancus rupa roti jala nya. ntah rupa apa ntah. pehtu bebaru dapatlah g kedai FEVERET mama tu so terus beli lagi sebotol acuannya. semangat giler nak try cz dah dapat rentak camne nak membuatnya kan.
 
 
 
ROTI JALA
 
bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air biasa
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam halus
sedikit pewarna yg disukai
 
cara :
- campurkan semua bahan kering
- tuangkan air sedikit demi sedikit & gaul hingga sebati
- masukkan sedikit pewarna & gaul sebati
- tapis supaya dapat adunan yg halus je
-masukkan dalam acuan khas & sedia utk dimasak
 
 

Khamis, April 18, 2013

cuti mengejut

17 april 2013 :: Rabu
 
ni perjalanan yg keputusannya LAST MINUTE. papa tanya mlm td dlm kul 9.30pm, esok nak ikut g SABAK BERNAM tak ?
hurmmm tak pasal2 mama jadi keliru. adeh..... letih pikir. last2 join je lah ikut papa g AUDIT kat Hospital Sabak Bernam ( padahal hantar je papa kat situ pehtu mama g jenjalan dengan anak2 ).
 
bertolak dari rumah dalam kul 7.15 am. terus terkejar-kejar g ambik & hantar JELI. memang macam lipas kudung le cz nak cepat punya pasal. papa nak kena ada kat sana kul 9.00am. seb baik kejap je buat kerja MAMA then terus je g sabak bernam. ALHAMDULILLAH selamat sampai dalam kul 8.40 am.
 
 
then tinggalkan je PAPA kat situ. mama + anak2 terus patah balik semula ke SUNGAI BESAR cz mama semangat nak g pasar rabu. hik2 kali ni macam x besar sangat & x berapa best sgt cz byk jual tudung + baju je. nak cari sarapan pun x berapa ada gak. tak beli apa sangat pun.
 
then terus g rumah NENEK (sebelah abah) kat parit 2 timur. lepak2  jap borak2 dengan nenek. tak lama tu anjang + mak anjang pulak datang cz nak tengok rumah derang yg masih dalam pembinaan tu. dalam kul 11.45am gerak g sabak bernam semula cz NU'MAN dah merengek asyik ajak balik je.
 
 
singgah bandar SABAK BERNAM jap cari yu yu ice tp disebabkan agak awal so perasa yg MAMA nak beli tu belum masak lagi. hurmmmm.....
 
then terus balik rumah nenek (sebelah mak) kat Batu 2 Sepintas. lunch & lepak2 kat situ sampai ASAR cz tunggu papa habis kerja kan. dapat le bawa balik ubi keledek, labu air, pisang & kacang panjang.
 
on d way balik tu singgah TAPAU dinner kat mee udang kuala selangor. ALHAMDULILLAH selamat sampai rumah dalam kul 7.15pm

ketam masam manis

 
KETAM MASAM MANIS
 
bahan :
ketam ( sy ni 4 ekor je )
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
1 tin nenas kiub bersama airnya ( 240 gm )
1 biji cili merah
setengah batang timun jepun
buah tomato ( jika ada & suka )
saderi ( jika ada & suka )
4-5 sudu besar sos cili
sedikit air
garam
 
cara :
- tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan
- masukkan ketam & goreng sebentar
-tambahkan sos cili & air nenas dalam tin, gaul sebati
-tambahkan semua sayuran & sedikit air
-tambahkan perasa, gaul sebati & biarkan mendidih
-siap untuk dihidang

Jumaat, April 12, 2013

tart telur

 
TART TELUR
 
bahan doh :
100 gm tepung gandum
70 gm mentega
30 gm gula halus
sedikit air
 
cara doh :
- campurkan semua bahan & gaul sebati
-masukkan air sedikit demi sedikit
-uli adunan hingga lembut
-masukkan dalam acuan yg bersesuai
 
bahan inti :
3 biji telur ayam
200 ml susu full cream
150 gm gula ( 3/4 cawan )
1 sudu teh esen vanila
 
cara inti :
- campurkan semua bahan
- pukul sedikit sehingga semuanya sebati
-tuangkan adunan ke dalam doh tadi
-bakar = 170 darjah = 20 minit
 
** yg ni saya guna cup muffin je 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...